Friday, December 26, 2008

Sarjana Alaf Baru

Sebut tentang sarjana, tentu terbayang orang yang pandai. Aku tidak dapat memastikan apa tujuan atau target aku sekiranya aku melanjutkan pengajian di peringkat master. Mau mengejar pangkat dan kedudukan tidak pernah terfikir pun, mau gaji yang besar...? belum diguna pakai lagi....entahlah. Cuma satu saja yang aku terfikir, mungkin aku mau puaskan hati....itu saja. Mudah-mudahan dalam masa terdekat ni aku dapat jawapannya.

Monday, November 24, 2008

Cuti Sekolah Bermula

Selamat Bercuti dan isikan masa terluang anda dengan perkara-perkara yang bermanfaat

Monday, November 10, 2008

Peringatan Untuk Lelaki Beristeri


Perempuan bagaikan angin lembutnya melenakan ributnya menggusarkan. Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih,menghidang sayangadakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahuannya. Namun, teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini. bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.


( i ) Psst... . Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi ? andainya emosi, belailah emosi itu jangan cuba dihadapkan secara rasional kerana sidia tak akan terdaya mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik berserta dengan beberapa affidavit dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu. Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman. Masih gagal? cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian. Masih gagal juga? Tunggu saja rajuknya reda emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan jangan digoncang... ... buat selamba lambat laun, gelombang akan tenang air dicawan akan kita minum jua. Tapi awas... .. kalau ternyata, rajuknya berfakta masamnya berdata, geramnya berilmiah marahnya ada prima facie ini rajuk taraf tinggi namanya perlu ditangani berhati-hati kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima mengaku lalu berjanji serta berikrar " Sayang abang tak ulang lagi " katakan " Sayang... . abang alpa " bisikkan " Darling.. I lupa.." hulurkan tangan, pinta kemaafan pendekatan kasanova, tapi hati suci Rajuk isteri seperti mangga muda perisanya masam tetapi... kalau kena cicahnya enaknya akan terasa. ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.


( ii ) Arghh... tiba-tiba isteri merungut malah kadangkala agak mengugut minta aksesori serta perabut minta Villa yang tersergam indah atau mahligai di lereng bukit sedangkan kita bukan Shah Jehan yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya tetapi isteri pula, persis Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya Katanya " Seabadi permata... . segermelapan intan " ... sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga. Aduh... peritnya mengukur cinta dalam ukuran mayam atau menimbang setia menerusi Bursa Saham papan utama kasih isteri, turun naik mengikut kadar tukaran wang asing. Tiada guna menyesali diri diakan dulu pilihan kita ? semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita sudah takdir... permata yang dipilih perlu digilap semula. Namun putus asa jangan sekali terimalah dia, dengan redha. justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami wanita adalah tulang rusuk yang bengkok luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras lembut tapi jangan reput. Katakan RM bukan segala-galanya lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama bisikkanlah " Duhai isteriku... marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya padamu isteri, istanamu, di hati ini padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini."


( iii ) Puuuh... Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus betis, tidak lagi bunting padi pipi, bukan lagi pauh dilayang apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ? jika berkurang, nyatalah cinta kita selama ini cinta di mata bertapak di body tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi. itulah cinta sejati. Namun tidak salah di samping menyanjung budi, kita merampingkan 'body' kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat tapi ingat niat kerana Tuhan bukan kerana ingin kuruskan badan tapi Tuhan Maha Penyayang Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan sama-samalah merampinkan badan yang terlebih dikurangkan jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan. Bukan masanya lagi merenung dara tapi kini saat menghitung dosa lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia di dunia ini dan di akhirat nanti itulah yang dikatakan hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.


( iv ) Uhhh... . Kekadang isteri mengamuk dengan ombak prasangka dan taufan cemburu Apa bukti setiamu suami ? Apakah tandanya hanya aku di hatimu ? kekadang disergahnya kita ketika keringat masih membasah baru menjengah pintu rumah. Ketika itu nilailah diri mungkin kita berdosa dengan Tuhan atau bersalah dengan insan mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang telah kita lakukan Lalu datang teguran, amaran dan peringatan secara 'indirect' dari Tuhan hadapkanlah diri ke cermin hati kaji diri satu persatu kalau liar, berhentilah kalau berdosa, bertaubatlah Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu nasihatkanlah baik-baik bukan senang nak senang ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayub atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri : "Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu. Dia yang membantu menjaga makan minum kita. Dia yang mencuci kain baju kita Dia yang membantu membersihkan rumah kita... lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "


( v ) Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api. Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan,kisah perpisahan. Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad usianya. Institusi ini adalah kubu terakhir kita. Marilah kita pertahankan bersama si dia. si diaku, si diamu cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber, biar setia kita makin waja. Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita. Bicara ini diakhiri dengan satu coretan yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri atau kad ulang tahun perkahwinan atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya... Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti : Aku hanya seorang suami yang menerima setulus hati seorang isteri. Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu. Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur. Bersamalah kita harungi derita yang datang. Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang. Denai perkahwinan pasti dihujani air mata. Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya. Isteri... tidak kutagih setia, sesetia Hawa.Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam. Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu... .. seorang isteri

Wednesday, July 30, 2008

Bagaimana Membuat Matlamat Kewangan?

Apabila diitanya satu soalan kepada setiap individu, apakah matlamat kewangan anda?.... ada di antara mereka yang akan menjawab…..Aku ingin menjadi kaya!!!! Pada hakikatnya, adakah itu matlamat kewangan sebenar atau hanya angan-angan atau omong-omong kosong? Benarkah begitu?

Oleh yang demikian, sebelum melakukan sebarang perancangan kewangan, perkara penting dalam merancang kewangan adalah menetapkan dahulu matlamat kewangan kita sendiri. Selepas itu, barulah disusuli dengan merancang dan seterusnya diikuti dengan perlaksanaan. Sebagai satu contoh matlamat kewangan ialah mengawal perbelanjaan dan membuat simpanan supaya dapat melunaskan pinjaman pembelian perumahan, kereta dan kad Kredit.

Erti kata lain, anda perlu mengenalpasti dan menentukan matlamat dengan jelas untuk merealisasikan matlamat kewangan yang ingin dicapai itu. Matlamat kewangan yang dibuat juga mestilah bergantung kepada pelbagai faktor seperti keinginan, umur, kedudukan kewangan dan minat anda.


Contoh-contoh matlamat kewangan

# Mengawal wang anda supaya mempunyai lebihan setiap bulan (Positive Cashflow)
# Membayar hutang
# Mempunyai simpanan untuk digunakan sewaktu kecemasan seperti kereta rosak atau masalah kesihatan
# Membeli rumah
# Membeli kereta
# Simpanan untuk persaraan
# Membeli barang-barang berharga seperti peralatan elektrik yang mahal
# Pergi bercuti; dan sebagainya

Maka, seharusnya setiap matlamat kewangan yang kita tetapkan, pastikan ia akan merangkumi faktor-faktor…

S.M.A.R.T


Apakah itu matlamat kewangan yang S.M.A.R.T?

Berikut adalah huraian dari aspek kewangan untuk perkataan S.M.A.R.T...

S = Specific
Sesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu mestilah khusus.
Sebagai contoh: “Aku ingin membeli kereta BMW 5 Series keluaran Tahun 2008”.

Bukan sekadar, “bila ada duit nanti aku ingin membeli kereta”. Persoalannya, Kereta apa? Kereta mainan? Maknanya sekadar membeli kereta sahaja tiada pengkhususan dinyatakan ke atas matlamat itu.

M = Measurable
Sesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu mestilah boleh diukur dengan nilai wang.
Sebagai contoh (kita ambil sambungan contoh di atas): “Aku ingin membeli kereta BMW 5 Series keluaran Tahun 2008 berharga RM350,000”. Di sini, kita memerlukan RM350,000 sebagai ukuran.

Bukan sekadar, “bila ada duit nanti aku ingin membeli kereta BMW 5 Series”. Yang mana kita tiada nyatakan nilai duit yang diperlukan untuk sesuatu benda itu.

A = Attainable
Sesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu juga mestilah boleh dicapai.
Sebagai contoh (sama seperti contoh sebelum): “Mulai sekarang aku akan meningkatkan tahap kewangan aku sebanyak RM3,200 sebulan selama 9 tahun untuk membeli dan membuat bayaran bulanan kereta BMW 5 Series keluaran Tahun 2008 berharga RM350,000”. Maknanya di sini, letakkan komitment diri sendiri sebanyak RM3,200 sebulan untuk dapatkan kereta tersebut.

Bukan sekadar “menunggu bulan jatuh ke riba” atau “yang pipih terbang melayang, yang bulat datang bergolek” kepada kita….atau tunggu menang lottery. Ingat!!! Tidak semua manusia di dunia ini yang berjaya dengan berpandukan kepada nasib semata-mata tanpa berusaha.

R = Realistic & Relevan
Sesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu juga mestilah realistic, berkait dengan diri sendiri.
Sebagai contoh (contoh yang sama): “Mulai sekarang aku akan meningkatkan tahap kewangan aku sebanyak RM3,200 sebulan selama 9 tahun untuk membeli & membuat bayaran bulanan kereta BMW 5 Series keluaran Tahun 2008 berharga RM350,000”.

Bukan hendak beli Kereta Performance Ferrari / Lamborghini, tetapi wang hanya ada RM3,200 sahaja dalam tempoh 2 atau 3 bulan dari sekarang… Angan-angan kosong atau hanya bermimpi….Lupakan!!!!

T = Time-Bound
Sesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu mestilah mempunyai tempoh masa tertentu.
Ambil contoh yang sama: “Mulai sekarang aku akan meningkatkan tahap kewangan aku sebanyak RM3,200 sebulan selama 9 tahun untuk membeli dan membuat bayaran bulanan kereta BMW 5 Series keluaran Tahun 2008 berharga RM350,000”. Maka, bermula dari sekarang sehingga 9 tahun akan datang adalah tempoh masa yang jelas.

Bukan, ketika anda ada duit tetapi tidak meletakkan sasaran masa yang jelas.


Contoh matlamat kewangan berdasarkan tempoh masa:

1. Matlamat jangkamasa pendek boleh dicapai dalam masa seminggu atau beberapa bulan, tetapi tidak lebih daripada setahun. Contohnya seperti ingin membeli pakaian baru atau menyimpan wang untuk pergi bercuti.

2. Matlamat jangkamasa sederhana pula adalah matlamat yang boleh dicapai dalam masa setahun sehingga 5 tahun, seperti membayar hutang atau membeli kereta (kereta ini bergantung kepada jenis kereta dan tempoh bayaran ansuran bulanan. Tempoh bayaran ansuran bulanan maksimum adalah 9 tahun, maka jika panjang jangka masa sehingga 9 tahun. Maka, boleh letakkan ia sebagai matlamat jangka masa panjang).

3. Matlamat jangkamasa panjang boleh dicapai dalam masa 5 tahun atau lebih, seperti membeli rumah, menyimpan wang untuk hari persaraan dan mempunyai simpanan wang yang mencukupi untuk menghantar anak anda ke kolej atau universiti.

Anda mungkin mempunyai ketiga-tiga matlamat di atas, tetapi pastikan ianya mempunyai factor-faktor realistik. Sasaran yang terlalu tinggi mungkin akan mengecewakan dan menyebabkan anda mengabaikan terus matlamat itu. Hakikatnya bahawa sesuatu matlamat yang kabur pula tidak akan memotivasikan anda. Matlamat yang tidak fleksibel pula sukar untuk dicapai terutamanya dalam keadaan terdesak. Biar apapun matlamat kewangan yang dibuat, pastikan anda mempunyai sedikit kelonggaran untuk membuat perubahan yang perlu. Senaraikan matlamat mengikut keutamaan dan kepentingan untuk diri sendiri dan keluarga. Bagi merealisasikan impian anda, pastikan matlamat kewangan mengikut kaedah S.M.A.R.T.

Selamat berjaya!

Monday, July 28, 2008





















Apakah gejala kanak-kanak yang mengalami rabun jauh?


Selalunya mereka akan membaca buku pada jarak dekat dan apabila melihat objek yang jauh seperti televisyen, mereka mengecilkan kedua-dua mata supaya objek itu kelihatan lebih jelas.

Apakah punca rabun jauh?

Setakat ini tiada teori tepat mengenai punca berlakunya rabun jauh. Bagaimanapun, faktor keturunan mempunyai pengaruh terhadap berlakunya rabun jauh. Kemungkinan seorang anak yang ibu bapanya rabun jauh mengalami masalah sama ialah 40 peratus.

Ada teori mengatakan, rabun jauh berlaku jika seseorang gemar membaca pada jarak dekat. Sesetengah pakar lain pula mengatakan, kerana rabun jauhlah seseorang itu membaca pada jarak dekat.

Adakah rabun jauh sejenis kecacatan?

Tidak. Sebenarnya struktur mata orang yang rabun jauh adalah normal. Apa yang berlaku ialah, biji mata mereka lebih besar dan panjang berbanding orang yang tidak rabun. Imej yang masuk ke dalam mata tidak dapat difokus dengan tepat ke atas retina, tetapi terfokus di depannya.

Situasi ini dapat diumpamakan dengan perbezaan manusia berambut lurus dan berambut kerinting, ada yang bercermin mata dan ada yang tidak bercermin mata.

Benarkah jika cermin mata selalu dipakai, ‘power’ atau kuasa cermin mata kerap bertukar atau bertambah?

Ini tidak benar. Sebenarnya sama ada cermin mata dipakai atau tidak, kerabunan meningkat setiap enam bulan di mana kuasa cermin mata harus ditukar. Ini satu proses semula jadi yang dialami individu rabun.

Penambahan tahap kerabunan berlaku sehingga mereka dewasa iaitu apabila meningkat umur 18 hingga 25 tahun. Oleh itu, penting cermin mata dipakai untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak rabun dan menentukan mereka mendapat melihat sejelas mungkin di sekolah.

Bolehkah faktor pemakanan mempengaruhi rabun?

Tidak dapat dinafikan, vitamin A diperlukan dalam proses biokimia di dalam retina pesakit. Namun, ini tidak bererti vitamin A dapat mengubat kerabunan, seperti dilakukan kebanyakan ibu yang memberi anak mereka makan sayur lobak merah dengan harapan kerabunan itu hilang. Ini satu usaha yang tidak memberi manfaat.

Bagaimanakah rabun jauh dirawat?

Kaedah rawatan paling mudah ialah memakai cermin mata. Kaedah lain pula ialah menggunakan kanta lekap yang diletakkan di atas lapisan kornea. Rawatan terbaru ialah rawatan laser atau lasik yang memberi seseorang itu keyakinan dan tidak perlu memakai cermin mata.

Oleh itu, mereka yang mengalami masalah ini janganlah terlalu sedih, masih ada ruang dan peluang untuk mendapatkan rawatan......hidup perlu diteruskan...segalanya Allah jua yang menentukan...La Tahzan.

Saturday, July 5, 2008

Takrif 'Kirana'


Kirana - Istilah sastera lama yang bermaksud sinar dan dikiaskan dengan sesuatu yang cantik, indah dan elok. Blog ini, memungkinkan sirnanya maksud yang tersirat pada istilah ini.